Malam itu mata Rabitah enggan terlena walau sepicing. Bumi Riviera
Inggeris itu sudahpun sunyi dan lampu-lampu warga sekitar sudahpun padam, namun
Rabitah belum boleh lena. Letih tubuh sungguh terasa selepas seharian berjalan
kaki menempuh kedinginan udara kencang musim sejuk, namun entah mengapa matanya
tetap degil untuk lena. Puas dia berkalih ke kiri dan ke kanan, mencari posisi
tidur yang selesa. Bantal empuk dan duvet
yang dibuat dari goose feather begitu
setia menghangat tidurnya. Memberi kenyamanan di kala bayu bumi Inggeris menyelinap
masuk ke kamar, menerobos dengan senyap melalui tiap ruang-ruang pintu dan
tingkap. Terasa lenguh-lenguh semua tangan dan kaki, malah tulang belakang pun dirasakan
payah utk diluruskan. Sesekali udara beku menghembus menyelinap masuk,
dinginnya yang menyapa bilik kecil itu serasa amat mencengkam tulang hitam,
sekaligus membuat jemari kebas dan bibir terketar-ketar.
Apa yang membuatkan Rabitah enggan lena? Siapa Rabitah? Mengapa dia
menjadi topik utama cerita ini?
Nantikan sambungannya…
No comments:
Post a Comment