Rabitah bingkas dari katil, meninggalkan
selimut yang hangat untuk memetik suis lampu pada dinding. Segera, cahaya putih
menyinari segenap pelosok bilik yang bertatarias indah. Dindingnya disaluti
wallpaper rona krim, sedang divider rona perang indah bermotif floral membahagi
di tengah. Langsir yang terbuat dari Frech lace tergantung kemas, hasil jahitan
tangannya sendiri. Kerusi dan meja belajar di sudut tepi tingkap tersusun rapi,
dihias indah sejambak bunga yang dibeli dari pasaraya Asda di Estover. Jam meja
memapar angka 11.00. Dia mencapai cardigan di belakang pintu bagi membalut tubuhnya
yang hanya bergaun tidur renda-renda yang terbuat dari sutera satin, sambil melangkah
malas-malas menuruni tangga menuju ke dapur di tingkat bawah.
“Brr! Sejuknya!” gumam Rabitah sendirian. Gelas
dicapai dan disua kemulut paip untuk menadah air minuman. Rabitah meneguknya
sekaligus, maklumlah air kosong adalah petua kecantikan.
“Mak oi lajunya minum air! Dah macam ikan emas
I tengok,” Cheryl Asyikin menegur dari belakang. Serta merta tegukan terakhir
menerobos masuk ke hidung. Rabitah tersedak. Perit hidungnya.
“Kalau iya pun macam ikan emas, tak
payahlah sergah macam tu,” Rabitah bersuara sambil batuk-batuk.
“Sorry sorry sorry,” Cheryl menepuk-nepuk belakang
Rabitah.
“Baby, you beli apa tadi di Asda? Dapat ke
kerja part-timer store girl yang you minta tu Bee?” Cheryl bertanya sesudah
Rabitah tenang dari tersedak. Sambil bertanya dia membuka peti ais dan matanya
melilau mencari snek malam mengisi perut di kala musim dingin menguras
tenaganya dalam diam demi untuk menghangatkan tubuh.
“Entahlah, mula-mula masa I telefon
pengurus stor tu pagi tadi, dia macam ok. Tiba-tiba bila I datang nak temuduga,
dia macam terkejut. I tak tahulah terkejut tengok I Asian atau terkejut tengok I
muslim. Sekarang dia kata dia akan telefon jika Berjaya. Kalau tak Berjaya,
sia-sialah I jalan kaki 2.5 km menempuh sejuk beku semata-mata nak ke Asda
Superstore kegemaran you tu,” Rabitah bersandar ke table top dapur. Sempat jarinya
memeriksa permukaan table top itu. “Bersih je dapur kita ni, harini Mek Wa
memasak ye? Kalau you masak, I tak rasa dapur ni bersih macam I punya standard”
Rabitah mengusik.
“Baby! You suka nak kata I tak kemas kan? Eeee
jahat tau you ni!” Cheryl mula menggeletek Rabitah. Tawa mereka berderai.
Begitulah dua sahabat itu, Rabitah Hafsah
dan Cheryl Asyikin. Dipertalikan dengan hubungan persahabatan sejak mereka
A-level lagi. Sungguh rapat, sehingga seluruh keluarga Rabitah dikenali Cheryl,
dan begitulah sebaliknya. Meski dari dua dunia berbeza, Rabitah dari kampung
dan latar keluarga biasa yang malah tidak sempurna, tetapi Cheryl anak ahli
politik ternama yang bahagia. Namun dua sahabat ini begitu rapat, sehingga
sentiasa berkongsi apa saja kisah dan cerita.
Masih segar kenangan semasa hari
penyampaian cek kembara dan elaun pakaian musim sejuk dari penaja biaya
pelajaran mereka. Rabitah buntu mencari pakaian musim sejuk, lalu Cheryl
menghulur bantuan menunjukinya tempat-tempat yang bagus. Seharian Cheryl membawa Rabitah berpoya-poya
ke KLCC, membeli-belah di Zaara dan Isetan, melihat buku di Kinokuniya dan minum-minum
gaya orang kaya di Starbucks dan juga makan di Victoria Station Steaks. Semuanya
untuk menyambut kejayaan mereka melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Janggal
habis Rabitah memasuki tempat-tempat mewah itu, namun Cheryl seikhlasnya ingin
Rabitah belajar erti “western” dan fesyen. Sejak itulah mereka rapat dan
bahagia menjadi teman, baik teman serumah mahupun teman sekuliah.
Hidup Rabitah benar-benar berubah sejak bersama Cheryl. Dia anak ahli politik, papanya berpemikiran luas, ibunya orang yang kaya bakti, dan semua sifat itu ada padanya. Rabitah benar-benar mengagumi Cheryl. Cantik, bijak dan baik hati. Sempurna sebagai seorang wanita Melayu zaman kini.
Namun, adakala Rabitah juga keliru dengan sesetengah pendapat dan pandangan Cheryl. Mek Wa, atau Nur Salwa selalu menegur cara Cheryl mengajar Rabitah berpakaian dan berfesyen. Terkadang tentang sikap dan akhlak, adakala tentang kena baca Yasin malam Jumaat. Eh, macam-macam lagilah. Selalu, apa yang dilakukan mereka kelihatan canggung di mata Mek Wa. Maklumlah, Mek Wa cicit ulama Kelantan, tentulah tahu buruk baik. Namun, apa salahnya berfikiran terbuka?
jadi apa sambungan kisah mereka?
kenapa rabitah mencari kerja?
No comments:
Post a Comment